loading...

TULAR GAMBAR TUN M JATUH TERSUNGKUR, RUPA2NYA INI PERKARA SEBENAR YANG TERJADI

Turutan gambar terbalik sengaja sebar berita palsu, Tun M tak tersungkur!

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad dalam keadaan baik, tidak seperti yang digambarkan menerusi mesej tular memaparkan dua gambar seolah-olah menunjukkan beliau tersungkur semasa solat sunat Aidiladha di Masjid Negara pada Rabu.
Mesej yang tersebar di WhatsApp dan Facebook, menunjukkan gambar Dr Mahathir sedang berdiri sementara seorang lelaki yang tidak dikenali memegang lengannya, diikuti oleh sekeping gambar lagi yang memaparkan beliau membongkok ke lantai, menahan dirinya menggunakan tangannya.
Mesej tersebut menyebut Perdana Menteri tersandung di masjid kerana beliau “penat atas pelbagai sebab”.
Bagaimanapun, seorang pegawai yang rapat dengan